Manifestasi Integrasi Ilmu Naqli dan ‘Aqli dalam Kurikulum Pengajian Tinggi Menerusi Kajian Tafsir Al-Qur’an Saintifik di Negara Brunei Darussalam

  • Sarinah Yahya Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam
Keywords: Tafsir, Saintifik, ‘Ilmi, ‘Aqli, Brunei

Abstract

Usaha pentafsiran al-Qur’an secara saintifik dilihat semakin berkembang seiring dengan lonjakan penggunaan teknologi dan penyebarannya melalui media. Beberapa penulisan Tafsir al-Qur’an Saintifik atau Tafsir ‘Ilmi juga didapati semakin banyak diterbitkan dan menarik perhatian masyarakat. Dari sini timbul keperluan penyemakan berterusan dan pengawalan ketat terhadap penerbitan tersebut agar tidak dicemari elemen-elemen yang tidak sepatutnya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan integrasi ilmu naqli dan ‘aqli dalam kurikulum pengajian tinggi menerusi pengajaran dan penyelidikan yang berkaitan dengan Tafsir ‘Ilmi. Fokus kajian tertumpu di Negara Brunei Darussalam khususnya di Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Kajian lebih kepada meneliti sejarah perkembangan Tafsir ‘Ilmi dan keberadaannya di Brunei. Antara hasil kajian mendapati penyelidikan berkaitan Tafsir al-Qur’an Saintifik di Brunei masih kurang dan ini memerlukan penambahbaikan kurikulum pengajian bidang Usuluddin pengkhususan bidang Tafsir alQur’an. Juga keperluan penyertaan aktif para ahli akademik dan mahasiswa/i dalam menjalankan kajian berunsur Tafsir ‘Ilmi. Secara tidak langsung, usaha ini akan turut dapat membangun ketamadunan Islam di alam Melayu dengan meninggikan kedudukan bidang pengajian al-Qur’an ke martabat yang selayaknya.

Published
2020-01-10