Aplikasi Kata Pinjaman Arab dalam Teks Pembelajaran dan Kesannya Terhadap Penguasaan Bahasa Arab

Authors

  • Mohd Zuhir Abd Rahman Jabatan Pengajian Am, Politeknik Nilai Negeri Sembilan, Malaysia
  • Shamsul Jamili bin Yeop Department of Arabic Language and Literature,International Islamic University Malaysia, Malaysia

Keywords:

Bahan pembelajaran, Kata pinjaman Arab, Pembelajaran bahasa Arab, Penguasaan bahasa Arab, Pendekatan pembelajaran Arab

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu yang diaplikasi
dalam buku teks Bahasa Arab Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sebagai bahan pembelajaran utama di sekolah. Penggunaan kata pinjaman Arab mempunyai peranan dan perkaitan yang penting dalam pembelajaran dan penguasaan bahasa Arab pelajar khususnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah analisis kandungan bertujuan menganalisis kata pinjaman Arab dan kajian lapangan digunakan bertujuan untuk menganalisis kesan penggunaan kata pinjaman Arab terhadap penguasaan bahasa Arab pelajar. Data analisis kandungan diambil daripada buku teks tingkatan tiga, manakala kajian lapangan melalui soal selidik yang dilaksanakan terhadap 50 orang guru sekolah menengah sebagai responden kajian. Kajian ini mengaplikasi prinsip “Pembentukan Kata Bahasa Melayu” oleh Asmah Haji Omar (1991) bagi mengenal pasti kata pinjaman Arab dalam buku teks Bahasa Arab. Berdasarkan prinsip ini, sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu terbentuk melalui kata pinjaman Arab. Kata pinjaman daripada bahasa Arab merupakan kumpulan yang terbesar dalam kata-kata yang dibawa dari luar alam Melayu. Dapatan kajian telah mengenal pasti satu pendekatan pembelajaran bahasa Arab yang berasaskan kepada kata pinjaman Arab dalam usaha mempertingkatkan penguasaan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Malaysia.

Downloads

Published

11-11-2019

How to Cite

Mohd Zuhir Abd Rahman, & Shamsul Jamili bin Yeop. (2019). Aplikasi Kata Pinjaman Arab dalam Teks Pembelajaran dan Kesannya Terhadap Penguasaan Bahasa Arab . Journal of Asian Islamic Higher Institutions, 1(1), 1–12. Retrieved from https://jaihi.usas.edu.my/index.php/JAIHI/article/view/4