Konseptual Kesusilaan di Malaysia: Satu Sorotan Menurut Perspektif Perundangan
Keywords:
Kesusilaan, Perundangan, Rukun Negara, KesopananAbstract
Penulisan ini menyoroti konseptual kesalahan kesusilaan yang diperuntukkan dalam sistem perundangan di Malaysia. Ia bertujuan mendapatkan interpretasi tentang sumber yang menunjangi konsep keluhuran kesusilaan dan sejauh mana ideologi kesusilaan dikembangkan dan dipraktikkan sebagai prinsip umum dalam perundangan negara Malaysia. Bagi mencapai tujuan tersebut, perbincangan ditumpukan kepada prinsip kesusilaan dalam Perlembagaan, Rukun Negara, undang-undang dan kehakiman serta. Perbincangan turut menyentuh secara umum beberapa peruntukan bagi dua jenis kesalahan kesusilaan, iaitu perlakuan kurang sopan dan kesalahan pakaian yang dikuatkuasakan di bawah dua bidang kuasa mahkamah di Malaysia, iaitu bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.